Link Worth

3 hari yang cemas!

Written on February 28, 2010 – 2:01 PM | by JHafiz | 31 views

Segalanya bermula semalam. Notification dari Windows membuatkan saya cemas. Lagi 3 hari untuk Windows 7 versi pre-release (Evaluation Copy. Build 7100) yang saya gunakan ini tamat tempoh. Dua minggu lepas juga pernah keluar sebagai warning awal. Sekejapnya masa berlalu. Masih belum sempat selesaikan masalah update windows ni. Dari semalam masih tercari² solusi di internet juga bertanya di situ sini.

Itu semalam. Hari ini, tinggal lagi 2 hari je. Masih belum jumpa solusinya. Konfom dalam 48jam terdekat ini saya akan lebih banyak menghabiskan masa di hadapan PC. Harap² temperature PC juga tak naik melampau.

Dari dulu lagi, nak update ke Windows 7 build 7600. Pernah jumpa artikel untuk update dari 7100 ke 7600 di blog Syah, tapi tak sempat nak selesaikan. Bila cari balik, dah tak jumpa. Sungguh buang masa. :( Dah kontek pemilik blog, tapi tiada jawapan. Mungkin beliau sibuk bekerja or maybe conflict YM menyebabkan mesej dari beliau tidak sampai.

Beberapa blogger jugak dah di kontek untuk selesaikan masalah ini, namun bermacam masalah pulak yang datang. Contact form tak berfungsi, tiada balasan dan lain².

Buat sahabat² blogger, mintak bantuan kepakaran anda untuk selesaikan semua ini. Terima kasih yang dah beri response. Tapi masih belum clear sangat. Sangat sayang kalau nak format semula. Bimbang kehilangan bookmark, plugin² Mozilla (even boleh di backup) dan segala macam file yang belum di simpan. Lagi penat nak meng“install” kembali segala macam software dalam partition C nanti. Come on blogger² Malaysia, hulurkan bantuanmu!

Cuti Panjang

Written on February 16, 2010 – 11:55 PM | by JHafiz | 11 views

Lama tak update. Post terakhir saya ialah pada 1 Nov 2009. 1 bulan lebih bermusafir ke negara orang di susuli rehat panjang dirumah. 3 bulan 2 minggu tempohnya. Merupakan satu tempoh yang lama. Sekadar memerhatikan dari jauh, memerhati dalam diam perkembangan bloggers tanah air juga isu² semasa. Beberapa kali cuba untuk update, namun masih gagal dek kebuntuan yang menyelubungi diri. Life is hard. Isn’t it?

Kekalutan dalam hidup, kesempitan ruang masa dah tentu membataskan keaktifan diri seorang blogger bukan? Malah, tak ketinggalan faktor mood yang sentiasa berubah². Saya bukanlah blogger tegar, (walaupun berhasrat untuk  publish artikel untuk secara konsisten) yang sentiasa mewarnai persada blogshospere tanahair juga antarabangsa (pun kes tak update blog niche jugak). Apa pun masih terhibur dengan telatah bloggers Malaysia yang 1 niche dengan saya. Komputer, Internet, Blog, dan Perniagaan Internet(walaupun diri sendiri masih ketinggalan menunjukkan bakat dan kemampuan).

Tapisan akal serta iman jangan dilupa. Sehingga membatasi norma manusia normal yang bermoral, berakal dan beriman. Taktik menarik traffic dengan isu lucah, porno dan gossip² artis semua dah maklum. Semua bajet nak jadi top blogger, nak tarik traffic kencang, maka berbuatlah apa sahaja asalkan hajat dipenuhi. Sekadar luahan rasa. Muak dan sedih dengan situasi akhir zaman. Tapi betul cakap diorang. “lubang kubur masing²“. Namun atas dasar semangat saudara seislam, nasihat dan teguran tetap perlu di lontar. Penerimaan tertakluk kepada masing², moga hidayah dan taufik dari Allah sentiasa melimpah untuk kita semua.

Dah start menulis ni, rasa makin banyak pulak idea masuk. Tapi cukuplah setakat ini. Dah ter update la blog setelah sekian lama menyepi kan? Hehe… Panjang kata² juga boleh mengundang masalah. Silap terlajak, jadi macam Aduka Taruna. Oh, insaflah.

Run Command [Mega List]

Written on November 1, 2009 – 11:14 PM | by JHafiz | 18 views

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Untuk kali ini, saya sediakan beberapa (banyak sebenarnya) run command list untuk kegunaan anda. Tapi kena la kenal dulu butang run kan? Tak susah. Cuba carinya dari butang start. Kemudian lihat di bahagian atas kanan. Jumpa kan?

OK, selamat mencuba!!!

p/s: untuk pengguna Win 7, banyak run command yang tak berfungsi. Nampaknya, run command ni khusus untuk Win XP agaknya. Vista? Mohon komen dari pengguna Vista ye, memandangkan saya pengguna Win 7!

To Access… Run Command
Accessibility Controls access.cpl
Accessibility Wizard accwiz
Add Hardware Wizard hdwwiz.cpl
Add/Remove Programs appwiz.cpl
Administrative Tools
Read the rest of this entry »

Pengenalan Bisnes Internet

Written on October 29, 2009 – 9:24 PM | by JHafiz | 17 views

Assalamu’alaikum wbth dan salam sejahtera. Moga sihat2 selalu.

Lebih kurang 10 tahun yang lepas, buat pertama kali nya saya mendengar istilah Bisnes Internet. Namun, saya masih kabur bahkan gelap gulita mengenainya. Masih kosong dan tiada langsung info berkenaan bisnes internet dalam diri. Tak pernah pula terfikir untuk cuba meng”google”  di internet berkenaan bisnes internet. Maklumlah, di usia yang masih muda remaja, internet hanya dipakai sekadar untuk chat dan e-mel.

Namun, pada November 2007, saya mula diperkenalkan tentang bisnes internet oleh seorang guru saya yang bergiat aktif dalam Google Adsense dalam diam2. Begitu teruja saya mendengar dan meneliti Google Adsense ini. Maka perlahan2 saya mencuba, disertai dengan pelbagai try n error dan juga merujuk kepada pelbagai ebook yang berlambak di internet. Namun, langit tak selalunya cerah, mendung mendatang lantas disertai ribut dan petir melanda. Menyebabkan saya sudah kurang aktif dalam bidang Google Adsense buat masa ini. Income Google Adsense hanya meningkat secara perlahan2, dah lama tak melakukan optimization.

Baiklah, untuk kali ini, saya ingin berkongsi beberapa cara yang boleh anda cuba dalam bidang bisnes internet ini. Kalau kena pada caranya, InsyaAllah, anda bakal menjana pendaptan pasif dari internet ini. Yang penting, perlulah FOKUS dan TABAH. Sesetengah kawan2 Internet Marketing (IM), juga memberitahu, hati mesti kering. Huhuhu… Cubalah dahulu, mana tahu rezki anda! Ok, jom baca list di bawah.

  • Google Adsense – Anda meletakkan iklan2 dari Publisher yang berdaftar dengan program Google Adsense yang releven dengan artikel di blog anda. Pendapatan akan dikira berdasarkan jumlah klik pada iklan anda. Juga berdasarkan page per view.
  • Affiliate – Ramai otai2 IM mengakui ini adalah jalan mudah untuk menjana pendapatan melalui internet. Yang menariknya, tanpa modal. Cuma yang penting, PROMOSI yang rancak. Lagi banyak PROMOSI lagi banyak peluang anda untuk menjana lebih banyak wang. Tanpa blog, anda masih mampu membuat jualan. Bagi yang mepunyai blog, anda sememangnya memerlukan trafik yang kencang, agar kemungkinan jualan dilakukan lebih tinggi.
  • Perkhidmatan – Adakah anda memiliki kemahiran dalam sesuatu bidang? Jangan sia-siakan bakat anda. Sediakan perkhidmatan/servis berdasarkan kemahiran anda. Photoshop, setup blog, dan pelbagai lagi servis yang memang diperlukan. Cuma pastikan servis anda betul2 berkualiti agar pelanggan anda berpuas hati dan seterusnya akan membina nama+kredibiliti anda yang baik.
  • Pay per Post -  Menjana pendapatan melalui artikel2 yang anda tulis sendiri mengikut kehendak Advertisers. Anda perlu deal dengan mereka untuk menetapkan harga2 yang perlu disetujui antara pihak anda dan Advertisers. Untuk makluman, cara ini antara yang agak lumayan. Harus di ingat, artikel hendaklah dalam bahasa Inggeris, namun tak perlu anda betul2 mantap English, cuma anda perlu tahu cara dan teknik yang tertentu untuk semua ini. Untuk permulaan anda boleh cuba dengan Sponsored Review.
  • Pengiklanan – Blog anda bertraffik tinggi? Dah tiba masanya untuk anda menjana wang dengan membuka ruang2 iklan di blog anda. Tempat2 tertentu seperti Header, Sidebar dan Between Each Post, adalah paling menarik dan berkesan untuk ruang iklan. Lagi baik, dengan harga murah, RM10 untuk 1 bulan iklan, sudah tentu amat menarik bukan? Naik kan harga secara perlahan2 mengikut perkembangan blog anda. Lagi banyak trafik, lagi baik.
  • Pertandingan- Menjadi trend blogger, mengadakan pertandingan untuk semua visitor. Pertandingan pun dah macam2. Hadiah pon pelbagai. Bergantung kepada budi bicara si blogger yang menganjurkan tu. Syarat2 nya memang ada, tapi kebiasaannya tiada modal yang diperlukan.

Sebenarnya masih banyak cara yang boleh dilakukan untuk menjalan aktiviti bisnes internet. Namun, cukuplah beberapa point sahaja untuk kali ini. InsyaAllah menyusul di lain artikel. Tak perlu terburu2, cuba lah dahulu apa yang ada di depan mata mengikut tahap ilmu dan kemampuan anda.

Sebelum berpisah, diingatkan bahawa, dunia bisnes internet ini juga tak lari dari penipuan. Janji2 manis beserta ayat2 yang menggoda jiwa, dan pelbagai cara jahat seperti black hat dan phising. Jangan lupa untuk bertanya orang2 lama dalam bidang ni. Malu bertanya,  tak pasal2 kena tipu nanti. Selamat mencuba!!!

YM! Multi Download Link

Written on October 21, 2009 – 8:55 PM | by JHafiz | 9 views

Yahoo!_Messenger_logoAda lagi yang tak tahu rupanya dengan kebolehan untuk online YM pada satu PC, laptop, dalam satu² masa. Kesian…. Huhuhu. Dengan sedikit pengubahan @ hack pada registry, anda dah boleh meng”enable”kan YM untuk dibuka secara banyak@ multi.

Dah jenuh dengan ym dari kawan² mintak YM multi punya installer. Kadang² dari orang yang sama. Agak panas hati jugak kalau dah 3,4 kali mintak benda sama. Takpe la, mungkin masa tu dia online dari PC lain kut.

So, alternatif kali ini, saya nk upload kat internet siap ngan artikel skali, so lepas ni kalau ada sapa² tanya leh bagi link terus je. Mudah lah sikit kan? Boleh la download kat mana²… Nanti kalau nak cari lagi,sila la datang sini lagi k?

Ok. Download [HERE]

Sibuk berforum di Lowyat.net

Written on October 17, 2009 – 10:36 AM | by JHafiz | 17 views

LY

Salam semua. Mohon maaf kerana JHafiz outstation sepanjang raya baru² ini  memenuhi undangan ke rumah terbuka. Alhamdulillah, banyak juga rumah yang saya singgah, tapi bukan lah sekadar nak makan je,  saling bermaafan dan eratkan ukhwah tu lagi penting kan?

Terus ke topic kali ini, saya sekarang sebenarnya sedang sibuk berforum di lowyat.net. Kenapa ya? Untuk makluman semua, saya berhajat untuk membeli satu kad grafik (Graphic Card @ GC) pertama saya. 2 tahun punyai komputer sendiri,
Read the rest of this entry »

JHafiz kini di Facebook

Written on October 15, 2009 – 7:12 PM | by JHafiz | 18 views

Mengikut peredaran semasa, JHafiz tak ketinggalan nak menceburkan diri ke dalam rangkaian sosial terhebat masa kini, Facebook @ FB. Sebenarnya dalam sebulan lepas jugak JHafiz dah register FB, cuma masih belum war²kan pada teman² blogger semua. Apa lagi, jom add saya.

Personally, kadang² saya merasa agak serabut dengan update dari kawan² di FB. Bukanlah semua update, tapi update dari application² yang kita tak ingin dari teman² kita. (Saya dah kurang ngan application ni. Taknak serabutkan teman² dengan application ni semua.) Ada cara preventation tak? Saya pun masih belum habis menggodek FB ni.

Lagi satu, nanti kita akan dapat lihat semua sibuk² post untuk tarik customer bagi marketing mereka. Hu3. Win-win situation lah kan? Dah memang FB ni terkenal sebagai rangkaian sosial dengan kaedah pemasaran viral terbaik. Takpe, rezeki masing² lah kan. Jangan cara keji, kotor n haram dah la. Untuk itu, di ucapkan Selamat mencuba!!! :P

Salam Aidilfitri dari JHafiz.com (5 iklan raya pilihan)

Written on September 25, 2009 – 1:29 PM | by JHafiz | 10 views

raya

*picture credit goes to Mr. Kenneoh

Assalamu’alaikum wbth. Dah hari raya ke 6. Masih di mood raya. Semoga anda semua sihat² selalu di bulan Syawal ni. Alhamdulillah, semua orang gembira dengan kehadiran raya. Nak cerita pasal raya mesti panjang kan? Semua ada cara tersendiri untuk merayakan hari kemenangan ini setelah 1 bulan penuh berpuasa.(Err.. tak cukup 1 bulan puasa tak leh raya eh?) Sendiri mau ingat, pandai² lah pilih mana baik dan buruk. Dah penat² puasa 1 bulan, takkan nak kembali kepada kejahilan pulak kan?

Entry kali ini saya ingin kongsi iklan² komersial yang paling menyentuh hati saya. Walaupun dah lama,
Read the rest of this entry »

Kini Dibuka!!!

Written on September 16, 2009 – 1:12 PM | by JHafiz | 12 views

Salam Ramadhan.

Sekadar catatan ringkas. Masih ada yang belum siap dengan setup blog saya. Jadi belum dapat postkan tentang 10 perkara yang dah saya setup pada blog saya. Sementara nak siapkan semua urusan blog tersebut, saya nak buka pendaftaran untuk
Read the rest of this entry »

Pengalaman Berjumpa Lailatul Qadar

Written on September 15, 2009 – 1:40 PM | by JHafiz | 15 views

lailatulqadar

Alhamdulillah, masih bernyawa hingga ke hari ini. Hari² di penghujung fatrah terakhir Ramadhan. Iaitu pada 10 terakhir Ramadhan. Yang mana dijanjikan oleh Allah S.W.T. akan dijauhi dari api neraka kelak.

Ini bukan janji kosong bro, tapi dah dijanjikan dengan sabda Baginda S.A.W, pada 10 pertama Ramadan adalah rahmat, 10 pertengahan disediakan keampunan dan 10 akhir Ramadan adalah pelepasan daripada api neraka.

Hari ni dah hari ke berapa puasa ye? Ingat tak? Ha3. Dah masuk hari ke 25. Lagi 5 hari nak raya insyaAllah. Tak nak cerita pasal raya, tak yah la
Read the rest of this entry »

About Me

Sharing the story of mine in blogging world. I'm interested in computer, software, internet and blogging. I wish I could share a lot of tutorial as I had learnt many things through blogging. Happy reading~ More

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Find entries :