Link Worth

Archive for the ‘Bisnes Internet’ Category

Cuti Panjang

Tuesday, February 16th, 2010 | 11 views

Lama tak update. Post terakhir saya ialah pada 1 Nov 2009. 1 bulan lebih bermusafir ke negara orang di susuli rehat panjang dirumah. 3 bulan 2 minggu tempohnya. Merupakan satu tempoh yang lama. Sekadar memerhatikan dari jauh, memerhati dalam diam perkembangan bloggers tanah air juga isu² semasa. Beberapa kali cuba untuk update, namun masih gagal dek kebuntuan yang menyelubungi diri. Life is hard. Isn’t it?

Kekalutan dalam hidup, kesempitan ruang masa dah tentu membataskan keaktifan diri seorang blogger bukan? Malah, tak ketinggalan faktor mood yang sentiasa berubah². Saya bukanlah blogger tegar, (walaupun berhasrat untuk  publish artikel untuk secara konsisten) yang sentiasa mewarnai persada blogshospere tanahair juga antarabangsa (pun kes tak update blog niche jugak). Apa pun masih terhibur dengan telatah bloggers Malaysia yang 1 niche dengan saya. Komputer, Internet, Blog, dan Perniagaan Internet(walaupun diri sendiri masih ketinggalan menunjukkan bakat dan kemampuan).

Tapisan akal serta iman jangan dilupa. Sehingga membatasi norma manusia normal yang bermoral, berakal dan beriman. Taktik menarik traffic dengan isu lucah, porno dan gossip² artis semua dah maklum. Semua bajet nak jadi top blogger, nak tarik traffic kencang, maka berbuatlah apa sahaja asalkan hajat dipenuhi. Sekadar luahan rasa. Muak dan sedih dengan situasi akhir zaman. Tapi betul cakap diorang. “lubang kubur masing²“. Namun atas dasar semangat saudara seislam, nasihat dan teguran tetap perlu di lontar. Penerimaan tertakluk kepada masing², moga hidayah dan taufik dari Allah sentiasa melimpah untuk kita semua.

Dah start menulis ni, rasa makin banyak pulak idea masuk. Tapi cukuplah setakat ini. Dah ter update la blog setelah sekian lama menyepi kan? Hehe… Panjang kata² juga boleh mengundang masalah. Silap terlajak, jadi macam Aduka Taruna. Oh, insaflah.

Pengenalan Bisnes Internet

Thursday, October 29th, 2009 | 17 views

Assalamu’alaikum wbth dan salam sejahtera. Moga sihat2 selalu.

Lebih kurang 10 tahun yang lepas, buat pertama kali nya saya mendengar istilah Bisnes Internet. Namun, saya masih kabur bahkan gelap gulita mengenainya. Masih kosong dan tiada langsung info berkenaan bisnes internet dalam diri. Tak pernah pula terfikir untuk cuba meng”google”  di internet berkenaan bisnes internet. Maklumlah, di usia yang masih muda remaja, internet hanya dipakai sekadar untuk chat dan e-mel.

Namun, pada November 2007, saya mula diperkenalkan tentang bisnes internet oleh seorang guru saya yang bergiat aktif dalam Google Adsense dalam diam2. Begitu teruja saya mendengar dan meneliti Google Adsense ini. Maka perlahan2 saya mencuba, disertai dengan pelbagai try n error dan juga merujuk kepada pelbagai ebook yang berlambak di internet. Namun, langit tak selalunya cerah, mendung mendatang lantas disertai ribut dan petir melanda. Menyebabkan saya sudah kurang aktif dalam bidang Google Adsense buat masa ini. Income Google Adsense hanya meningkat secara perlahan2, dah lama tak melakukan optimization.

Baiklah, untuk kali ini, saya ingin berkongsi beberapa cara yang boleh anda cuba dalam bidang bisnes internet ini. Kalau kena pada caranya, InsyaAllah, anda bakal menjana pendaptan pasif dari internet ini. Yang penting, perlulah FOKUS dan TABAH. Sesetengah kawan2 Internet Marketing (IM), juga memberitahu, hati mesti kering. Huhuhu… Cubalah dahulu, mana tahu rezki anda! Ok, jom baca list di bawah.

  • Google Adsense – Anda meletakkan iklan2 dari Publisher yang berdaftar dengan program Google Adsense yang releven dengan artikel di blog anda. Pendapatan akan dikira berdasarkan jumlah klik pada iklan anda. Juga berdasarkan page per view.
  • Affiliate – Ramai otai2 IM mengakui ini adalah jalan mudah untuk menjana pendapatan melalui internet. Yang menariknya, tanpa modal. Cuma yang penting, PROMOSI yang rancak. Lagi banyak PROMOSI lagi banyak peluang anda untuk menjana lebih banyak wang. Tanpa blog, anda masih mampu membuat jualan. Bagi yang mepunyai blog, anda sememangnya memerlukan trafik yang kencang, agar kemungkinan jualan dilakukan lebih tinggi.
  • Perkhidmatan – Adakah anda memiliki kemahiran dalam sesuatu bidang? Jangan sia-siakan bakat anda. Sediakan perkhidmatan/servis berdasarkan kemahiran anda. Photoshop, setup blog, dan pelbagai lagi servis yang memang diperlukan. Cuma pastikan servis anda betul2 berkualiti agar pelanggan anda berpuas hati dan seterusnya akan membina nama+kredibiliti anda yang baik.
  • Pay per Post -  Menjana pendapatan melalui artikel2 yang anda tulis sendiri mengikut kehendak Advertisers. Anda perlu deal dengan mereka untuk menetapkan harga2 yang perlu disetujui antara pihak anda dan Advertisers. Untuk makluman, cara ini antara yang agak lumayan. Harus di ingat, artikel hendaklah dalam bahasa Inggeris, namun tak perlu anda betul2 mantap English, cuma anda perlu tahu cara dan teknik yang tertentu untuk semua ini. Untuk permulaan anda boleh cuba dengan Sponsored Review.
  • Pengiklanan – Blog anda bertraffik tinggi? Dah tiba masanya untuk anda menjana wang dengan membuka ruang2 iklan di blog anda. Tempat2 tertentu seperti Header, Sidebar dan Between Each Post, adalah paling menarik dan berkesan untuk ruang iklan. Lagi baik, dengan harga murah, RM10 untuk 1 bulan iklan, sudah tentu amat menarik bukan? Naik kan harga secara perlahan2 mengikut perkembangan blog anda. Lagi banyak trafik, lagi baik.
  • Pertandingan- Menjadi trend blogger, mengadakan pertandingan untuk semua visitor. Pertandingan pun dah macam2. Hadiah pon pelbagai. Bergantung kepada budi bicara si blogger yang menganjurkan tu. Syarat2 nya memang ada, tapi kebiasaannya tiada modal yang diperlukan.

Sebenarnya masih banyak cara yang boleh dilakukan untuk menjalan aktiviti bisnes internet. Namun, cukuplah beberapa point sahaja untuk kali ini. InsyaAllah menyusul di lain artikel. Tak perlu terburu2, cuba lah dahulu apa yang ada di depan mata mengikut tahap ilmu dan kemampuan anda.

Sebelum berpisah, diingatkan bahawa, dunia bisnes internet ini juga tak lari dari penipuan. Janji2 manis beserta ayat2 yang menggoda jiwa, dan pelbagai cara jahat seperti black hat dan phising. Jangan lupa untuk bertanya orang2 lama dalam bidang ni. Malu bertanya,  tak pasal2 kena tipu nanti. Selamat mencuba!!!

About Me

Sharing the story of mine in blogging world. I'm interested in computer, software, internet and blogging. I wish I could share a lot of tutorial as I had learnt many things through blogging. Happy reading~ More

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Find entries :