Archive for the ‘Blog’ Category
Sunday, February 28th, 2010 | 37 views
Segalanya bermula semalam. Notification dari Windows membuatkan saya cemas. Lagi 3 hari untuk Windows 7 versi pre-release (Evaluation Copy. Build 7100) yang saya gunakan ini tamat tempoh. Dua minggu lepas juga pernah keluar sebagai warning awal. Sekejapnya masa berlalu. Masih belum sempat selesaikan masalah update windows ni. Dari semalam masih tercari² solusi di internet juga bertanya di situ sini.
Itu semalam. Hari ini, tinggal lagi 2 hari je. Masih belum jumpa solusinya. Konfom dalam 48jam terdekat ini saya akan lebih banyak menghabiskan masa di hadapan PC. Harap² temperature PC juga tak naik melampau.
Dari dulu lagi, nak update ke Windows 7 build 7600. Pernah jumpa artikel untuk update dari 7100 ke 7600 di blog Syah, tapi tak sempat nak selesaikan. Bila cari balik, dah tak jumpa. Sungguh buang masa.
Dah kontek pemilik blog, tapi tiada jawapan. Mungkin beliau sibuk bekerja or maybe conflict YM menyebabkan mesej dari beliau tidak sampai.
Beberapa blogger jugak dah di kontek untuk selesaikan masalah ini, namun bermacam masalah pulak yang datang. Contact form tak berfungsi, tiada balasan dan lain².
Buat sahabat² blogger, mintak bantuan kepakaran anda untuk selesaikan semua ini. Terima kasih yang dah beri response. Tapi masih belum clear sangat. Sangat sayang kalau nak format semula. Bimbang kehilangan bookmark, plugin² Mozilla (even boleh di backup) dan segala macam file yang belum di simpan. Lagi penat nak meng“install” kembali segala macam software dalam partition C nanti. Come on blogger² Malaysia, hulurkan bantuanmu!
Posted in Blog, Internet | 11 Comments »
Tuesday, February 16th, 2010 | 16 views
Lama tak update. Post terakhir saya ialah pada 1 Nov 2009. 1 bulan lebih bermusafir ke negara orang di susuli rehat panjang dirumah. 3 bulan 2 minggu tempohnya. Merupakan satu tempoh yang lama. Sekadar memerhatikan dari jauh, memerhati dalam diam perkembangan bloggers tanah air juga isu² semasa. Beberapa kali cuba untuk update, namun masih gagal dek kebuntuan yang menyelubungi diri. Life is hard. Isn’t it?
Kekalutan dalam hidup, kesempitan ruang masa dah tentu membataskan keaktifan diri seorang blogger bukan? Malah, tak ketinggalan faktor mood yang sentiasa berubah². Saya bukanlah blogger tegar, (walaupun berhasrat untuk publish artikel untuk secara konsisten) yang sentiasa mewarnai persada blogshospere tanahair juga antarabangsa (pun kes tak update blog niche jugak). Apa pun masih terhibur dengan telatah bloggers Malaysia yang 1 niche dengan saya. Komputer, Internet, Blog, dan Perniagaan Internet(walaupun diri sendiri masih ketinggalan menunjukkan bakat dan kemampuan).
Tapisan akal serta iman jangan dilupa. Sehingga membatasi norma manusia normal yang bermoral, berakal dan beriman. Taktik menarik traffic dengan isu lucah, porno dan gossip² artis semua dah maklum. Semua bajet nak jadi top blogger, nak tarik traffic kencang, maka berbuatlah apa sahaja asalkan hajat dipenuhi. Sekadar luahan rasa. Muak dan sedih dengan situasi akhir zaman. Tapi betul cakap diorang. “lubang kubur masing²“. Namun atas dasar semangat saudara seislam, nasihat dan teguran tetap perlu di lontar. Penerimaan tertakluk kepada masing², moga hidayah dan taufik dari Allah sentiasa melimpah untuk kita semua.
Dah start menulis ni, rasa makin banyak pulak idea masuk. Tapi cukuplah setakat ini. Dah ter update la blog setelah sekian lama menyepi kan? Hehe… Panjang kata² juga boleh mengundang masalah. Silap terlajak, jadi macam Aduka Taruna. Oh, insaflah.
Posted in Bisnes Internet, Blog, Motivasi, Personal | 1 Comment »
Wednesday, September 16th, 2009 | 13 views
Salam Ramadhan.
Sekadar catatan ringkas. Masih ada yang belum siap dengan setup blog saya. Jadi belum dapat postkan tentang 10 perkara yang dah saya setup pada blog saya. Sementara nak siapkan semua urusan blog tersebut, saya nak buka pendaftaran untuk (more…)
Posted in Blog | 5 Comments »
Tuesday, September 8th, 2009 | 12 views

Pelan² saya mengatur langkah. Ini adalah comeback saya yang kedua dalam dunia blogging ini. Jadi saya perlu lebih berhati² kali ini, agar kesilapan lama tak berulang lagi.
Untuk makluman, saya sedang menyiapkan setting² yang perlu untuk blog saya. Memasang plugin² yang penting, setup permalink, feedburner, contact form dan sebagainya. Alhamdulillah, feedburner telah berfungsi dengan baik, bermakna (more…)
Posted in Blog, Personal | 15 Comments »