Link Worth

Archive for the ‘Personal’ Category

Cuti Panjang

Tuesday, February 16th, 2010 | 11 views

Lama tak update. Post terakhir saya ialah pada 1 Nov 2009. 1 bulan lebih bermusafir ke negara orang di susuli rehat panjang dirumah. 3 bulan 2 minggu tempohnya. Merupakan satu tempoh yang lama. Sekadar memerhatikan dari jauh, memerhati dalam diam perkembangan bloggers tanah air juga isu² semasa. Beberapa kali cuba untuk update, namun masih gagal dek kebuntuan yang menyelubungi diri. Life is hard. Isn’t it?

Kekalutan dalam hidup, kesempitan ruang masa dah tentu membataskan keaktifan diri seorang blogger bukan? Malah, tak ketinggalan faktor mood yang sentiasa berubah². Saya bukanlah blogger tegar, (walaupun berhasrat untuk  publish artikel untuk secara konsisten) yang sentiasa mewarnai persada blogshospere tanahair juga antarabangsa (pun kes tak update blog niche jugak). Apa pun masih terhibur dengan telatah bloggers Malaysia yang 1 niche dengan saya. Komputer, Internet, Blog, dan Perniagaan Internet(walaupun diri sendiri masih ketinggalan menunjukkan bakat dan kemampuan).

Tapisan akal serta iman jangan dilupa. Sehingga membatasi norma manusia normal yang bermoral, berakal dan beriman. Taktik menarik traffic dengan isu lucah, porno dan gossip² artis semua dah maklum. Semua bajet nak jadi top blogger, nak tarik traffic kencang, maka berbuatlah apa sahaja asalkan hajat dipenuhi. Sekadar luahan rasa. Muak dan sedih dengan situasi akhir zaman. Tapi betul cakap diorang. “lubang kubur masing²“. Namun atas dasar semangat saudara seislam, nasihat dan teguran tetap perlu di lontar. Penerimaan tertakluk kepada masing², moga hidayah dan taufik dari Allah sentiasa melimpah untuk kita semua.

Dah start menulis ni, rasa makin banyak pulak idea masuk. Tapi cukuplah setakat ini. Dah ter update la blog setelah sekian lama menyepi kan? Hehe… Panjang kata² juga boleh mengundang masalah. Silap terlajak, jadi macam Aduka Taruna. Oh, insaflah.

Kayuh Perlahan²

Tuesday, September 8th, 2009 | 12 views

limit

Pelan² saya mengatur langkah. Ini adalah comeback saya yang kedua dalam dunia blogging ini. Jadi saya perlu lebih berhati² kali ini, agar kesilapan lama tak berulang lagi.

Untuk makluman, saya sedang menyiapkan setting² yang perlu untuk blog saya. Memasang plugin² yang penting, setup permalink, feedburner, contact form dan sebagainya. Alhamdulillah, feedburner telah berfungsi dengan baik, bermakna (more…)

About Me

Sharing the story of mine in blogging world. I'm interested in computer, software, internet and blogging. I wish I could share a lot of tutorial as I had learnt many things through blogging. Happy reading~ More

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Find entries :