Link Worth

Sibuk berforum di Lowyat.net

Written on October 17, 2009 – 10:36 AM | by JHafiz | 22 views

LY

Salam semua. Mohon maaf kerana JHafiz outstation sepanjang raya baru² ini  memenuhi undangan ke rumah terbuka. Alhamdulillah, banyak juga rumah yang saya singgah, tapi bukan lah sekadar nak makan je,  saling bermaafan dan eratkan ukhwah tu lagi penting kan?

Terus ke topic kali ini, saya sekarang sebenarnya sedang sibuk berforum di lowyat.net. Kenapa ya? Untuk makluman semua, saya berhajat untuk membeli satu kad grafik (Graphic Card @ GC) pertama saya. 2 tahun punyai komputer sendiri, ini lah kali pertama saya membeli kad grafik untuk kegunaan sendiri. (Dah 2 tahun berpuasa tahan nafsu nak beli kad grafik, bayangkanlah!!! ^^” )

Masalahnya, bagaimana nak menentukan kad grafik tersebut betul² power dan memenuhi segala kehendak anda? Ini lah yang biasanya memeningkan kepala semua gamers kan? Kadang², bukan semua gamers tegar pon, setakat main game ringan², main kadang² pon nak beli jugak. Hu3. Buat ape? Takpelah, anda punya duit, anda berhak membelanjakan sukahati anda.

So, kalau ada sape² yang nak beli kad grafik atau apa saja perkakasan komputer, eloklah anda survey² dulu. Sila ke lowyat.net dan scroll sedikit ke bawah kemudian perhatikan pada sebelah kiri website. Anda akan dapati satu kolum yg tertulis COMPUTER PERIPHERALS. Untuk makluman anda, di situ tersedia beberapa pricelist bagi beberapa buah kedai seperti, All IT Hypermart, Compuzone, Cycom, Jayacom, dan lain². Pricelist tersebut tersedia dalam format GIF dan PDF. Pastu sila la download macam biasa.

Dah survey² senarai barang, anda boleh menyertai forum lowyat.net untuk mencari lebih maklumat perkakas yang ingin dibeli. Klik [sini] untuk ke forum. Alhamdulillah, dah banyak menimba pelbagai ilmu pasal GC disini. Bukan tu je, pasal Power Suply Unit (PSU), pasal OverClock, Cross Fire, pasal kesesuaian GC dengan motherboard, tentang penilaian grafik , performance dan lain² Sungguh seronot berforum!^^” Semua orang memberi feedback yang baik. Termasuk dari staff forum sendiri. Juga dari tokey² kedai yang berebut menawar harga terbaik untuk customer.

Dah 2 minggu survey², terjumpa pula rockrock yang menawarkan harga terbaik dari ladang. Saya kira memang tiada tandingan harganya. Customer pulak ramai duk puji² rockrock nih. Setakat ni, beliau menawarkan Sapphire ATI Radeon HD 5770 1GB pada harga RM570. (bro, RM550 leh tak? He3) Terima kaseh buat angh_krl yang rekemenkan beli dari rockrock. Tengah pening² nak wat pilihan ni.

Ok, setakat ni dulu. Perkembangan pasal GC ni akan dikupas lagi di dalam post yang akan datang… Jumpa lagi.~

p/s: di penghujung masa untuk buat keputusan. nak gi beli dah ni. cuma akhir sekali terfikir, nak pilih syarikat mana eh? XFX or Sapphire? Dua² cam bes. Oh! buntu~

Related Posts

Put your related posts code here
  1. 11 Responses to “Sibuk berforum di Lowyat.net”

  2. By loqNo Gravatar on Oct 18, 2009 | Reply

    pergh….GC power tu bro..
    :)

    [Reply]

    JHafizNo Gravatar Reply:

    @Loq,Hehe… mana taw? Betul2 power @ saja2 agak ja? Loq punye pkai cap apa? Spesification dia?

    [Reply]

  3. By KertaZNo Gravatar on Oct 18, 2009 | Reply

    Pawer tuh GC.. AKu pon pkai ATI Radeon HD 2600 tu pon 512MB PCI-E.. Tapi ckup la nk men game bagi gambo lawa skit..

    Tgok motherboard gak.. Jgn silap bli GC dah la.. Kang mobo PCI-E pi beli mobo AGP plak.. Aahahha..

    [Reply]

  4. By JHafizNo Gravatar on Oct 18, 2009 | Reply

    @KertaZ
    Power ke? mana taw? Heh, 2600 sama la cam saya punye yang on board neh. stakat FIFA 08, CS Source boleh la lagi. Game gambo lawa sket tu ape contohnye?

    Hahaha… Mesti ingat! zaman skrg semua motherboard generasi baru takde lagi AGP, semua PCIe. tapi kalau yg silap beli tu kofom xdak ilmu. 2la kene berforum. :D

    [Reply]

  5. By syinNo Gravatar on Oct 19, 2009 | Reply

    ok la tu…survey2 biar puas hati..dulu2 ada gak pernah masuk forum loyat…tapi skang x dh… forum putera.com best gak bnyk info2 teknologi dlm sana..

    [Reply]

    JHafizNo Gravatar Reply:

    mmm.. tapi putera nya cakap malay la kan? Saja ja nk practice bahasa omputis, 2 la masuk lowyat forum

    [Reply]

  6. By TieNo Gravatar on Oct 19, 2009 | Reply

    Alamak ! Cerita2 gini memang kak tie tak tahu laaa… Kalau pasal periuk belanga tu boleh gak menyampuk !

    [Reply]

    JHafizNo Gravatar Reply:

    he3. takpela, nanti wat artikel pasal masak2 plk br la kaktie nyampuk ye?

    [Reply]

    JHafizNo Gravatar Reply:

    he3. takpela, nanti wat artikel pasal masak2. bg can katie nak menyampuk.. ^^”

    [Reply]

  7. By taukeyNo Gravatar on Oct 20, 2009 | Reply

    aiyarkkkk lepak kat lowyat…cari perkakasan komputer murah erkk….hjeehehehe….aku tak tau sgt ttg komputer ni. sikit sikit tu ada lah.

    [Reply]

    JHafizNo Gravatar Reply:

    hehe.. 2la pasal ajak berforum. bro, ada apa2 masalah sila tanya k? hehehe.. dah agak berilmu neh. ^^”

    [Reply]

Post a Comment

About Me

Sharing the story of mine in blogging world. I'm interested in computer, software, internet and blogging. I wish I could share a lot of tutorial as I had learnt many things through blogging. Happy reading~ More

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Find entries :