[1]Kembali part II, New Season

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T di atas nikmat yang paling bernilai, nikmat Islam dan Iman. Juga memberi kekuatan untuk saya kembali ke dunia blogging ini untuk kali kedua. Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan, Muhammad S.A.W serta ahli keluarganya.
Tamatlah suda kerjaya saya sebagai seorang blogger dalam season yang lepas, meninggalkan seribu satu memori manis+indah(pahit+tak indah pon ade). Kata orang, yang lepas biarkanlah berlalu, usah dikenang cerita lama. Tapi bagi saya, walaupun membiarkan ianya berlalu, tapi cerita lama masih boleh dijadikan guide, teladan dan sempadan. Tak gitu? Pesan ibu-”belajarlah dari kesilapan” masih terngiang² di corong telinga.
Alhamdulillah, pengalaman lepas memang banyak mengajar saya. Dah banyak silap, dah banyak try n error maka banyak juga yang saya belajar dari kesilapan lalu. Juga belajar dari masalah² peribadi yang melanda. Betol, saya tak tipu! Sememangnya membuatkan saya down. Menyumbang ke arah keserabutan maximum. Maka, keputusan me’reset’ blog adalah yang terbaik bagi saya. Rasa lega untuk bermula dari zero,bermula dari bawah, sekali gus memadam memori² lalu yang menyedihkan+menjengkelkan. Harap² percubaan in berjaya. Alhamdulillah, saya kira semuanya dah settle. Sabar, redha dan pasrah dengan takdir ini semua. Moga² ada sinar dan hikmah di sebalik semua ini. Dan alhamdulillah, saya berjaya bangun semula, menghadapi semua ini. Thanks O Allah…
Paling penting, pembelajaran dari semua masalah² dan peristiwa yang lalu. Saya kira ini adalah suatu “proses” yang perlu dilalui dalam ruang lingkup komunikasi dan intraksi sesama manusia. Sama lah hal nya, mengapa kita sentiasa jatuh semasa terkial² belajar menunggang basikal? Itu bukan masalah, hakikatnya. Itu satu proses! Saya tahu, lebih banyak cabaran mendatang dalam hari² yang seterusnya. Moga² saya mampu kekal sekuat dan setabah ini. Memetik kata² Saidina Ali RA :
# orang yang paling jahil dari kalangan orang-orang jahil ialah mereka yang terjatuh ke dalam lubang binatang dua kali
# orang mukmin yang sebenar tidak akan terkena sengatan binatang yang berada didalam lubangnya dua kali
Tak ke betul pesan ibu? Belajar dari kesilapan? Moga pengalaman lalu, benar² memberi pengajaran buat diri sendiri. InsyaAllah. Harap² tak la jatuh dalam lubang dan disengat binatang yang sama lagi pasni. He3.
Moga² dengan semangat baru di bulan Ramadhan ini membawa saya ke arah 1 peringakat yang lebih baik. Tak kira la, dari segi blog ke, perangai ke, peribadi ke, semua la hendaknye. Terima kasih buat semua sokongan dan pertolongan sahabat² blogger yang mantap. Jumpe esok² boleh la mengeteh sekali… Ok, cukup setakat ini dahulu artikel pembukaaan. Terima kaseh semua!!!

14 Responses to “[1]Kembali part II, New Season”
By loq
on Sep 5, 2009 | Reply
cool bro!
selamat kembali berblog
[Reply]
By Azah
on Sep 5, 2009 | Reply
selamat datang ke season yg baru…
err… season lama kenapa?
[Reply]
By MyDailyBlog.Info
on Sep 6, 2009 | Reply
hahaha…ko layan lagu butterfingers best nie…kembali
anaywy…slamat berusaha bro..
[Reply]
By Mr.Bintang
on Sep 7, 2009 | Reply
Selamat kembali ke dunia baru..
gud luck untuk musim yang baru ni..
[Reply]
By JHafiz
on Sep 7, 2009 | Reply
@ Loq> cool ke? hu3. thanks loq…
@Azah >season lama perlu di tutup. Alhamdulillah, proses melupakan mana² yang tak perlu di season lama sedang dijalankan. Azahamin agak² kenal ke tak watak baru ni? kut pernah jumpe masa season lepas…
@MyDailyBlog.Info> erkk.. butterfingers? ape kaitan ni bro? tak faham…
@Mr.Bintang> he3. tq Mr.Tashabella… terima kaseh kerana banyak membantu wlaupon bz ngn kerja.hu3
[Reply]
By x-po
on Sep 7, 2009 | Reply
welcome back bro
[Reply]
JHafiz
Reply:
September 13th, 2009 at 7:01 AM
Tq X-po…
[Reply]
By MyDailyBlog.Info
on Sep 8, 2009 | Reply
yealah…tajuk title post ko kan “kembali”
sesuailah dgr lagu dari butterfingers yang tajuk dia kembali…
memang kenalah dgn ko…
[Reply]
JHafiz
Reply:
September 13th, 2009 at 7:16 AM
o0o.. ye ke.. xtaw plak psal lag tu…
Alif, mtk tjk ajar ye…
[Reply]
By Azam
on Sep 9, 2009 | Reply
selamat kembali….
[Reply]
JHafiz
Reply:
September 13th, 2009 at 7:18 AM
tq azam…
[Reply]
By Hanis
on Sep 10, 2009 | Reply
selamat kembali.
semoga yang terbaik untuk kamu.
[Reply]
JHafiz
Reply:
September 13th, 2009 at 7:28 AM
tq hanis…
[Reply]
By titan
on Sep 17, 2009 | Reply
Just do your best.
[Reply]